Budaya Etnik Bajau di Sabah -
Sabah merupakan sebuah negeri dari Malaysia yang terletak di kepulauan Borneo. Negeri ini kaya dengan kepelbagaian etnik. Bajau merupakan salah satu dari pelbagai etnik yang terdapat di Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum dalam kalangan masyarakat Bajau seperti Iranun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau tinggal di daerah Samporna dan Kota Belud.
Bajau adalah terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Manakala disebelah Pantai Barat mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir. Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik.
INFO.. .
Tahukah Anda ??
Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan
penjajah di Sabah.
Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah. Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir di mana kegiatan utamanya ialah pelanunan serta penangkapan ikan.
Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di Sabah. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi gelaran "Koboi Timur" atau "Koboi Sabah".