Bahasa Etnik Bajau
Bahasa Bajau atau Bahasa Sama-Bajau merupakan bahasa yang dituturkan oleh sesetengah penduduk di Sabah, Kepulauan Sulu, selatan Filipina, dan timur Kalimantan, terutamanya oleh Orang Bajau. Bahasa Bajau terbahagi kepada tiga, iaitu Bajau Kota Belud, Bajau Semporna, dan Bajau Sungai. Bahasa Bajau ini hampir-hampir sama dengan Bahasa Kadazan.
Bahasa Bajau merupakan salah satu daripada cabang Bahasa Melayu Deutro. Mungkin sesetengah pendengar akan merasa seperti seakan-akan pernah mendengar dan faham, atau "tidak pernah mendengar" bahasa ini, dan merasa terlalu asing bahkan janggal bila mendengarnya. Walhal, jika diamati dan mendengarnya dengan lebih teliti, maka akan didapati bahawa Bahasa Bajau ini amat mirip dengan bahasa Malaysia yang digunakan pada hari ini.
Hanya yang membezakannya dengan bahasa Malaysia ialah sebutan vokal atau konsonan pada awal, tengah ataupun hujung perkataan tersebut. contohnya "tetak" disebut "tetok", "sepak" disebut "sipak", "kucing" disebut "kuting", "satu" disebut "issa" yang mana asal perkataan ini ialah "ESA" bermaksud "satu" ataupun "tunggal"...dan sebagainya
INFO.. .
Tahukah Anda ??
Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan
penjajah di Sabah.
Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah. Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir di mana kegiatan utamanya ialah pelanunan serta penangkapan ikan.
Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di Sabah. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi gelaran "Koboi Timur" atau "Koboi Sabah".