Pembuka Bicara...
Sabah ternyata memiliki pelbagai etnik dan budaya. hal ini termasuklah etnik Bajau yang terdapat di sini. Etnik Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Mereka mendiami kawasan persisiran pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu, Kota Belud dan Kudat. Suku kaum Bajau begitu menekankan hubungan kekeluargaan dan “le’od” iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan masa kini, ramai masyarakat Bajau berkahwin dengan bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku kaum tempatan di negara ini. Meskipun begitu, budaya terun temurun tidak ditinggalkan dan masih dipelihara sehinggan kini.
INFO.. .
Tahukah Anda ??
Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan
penjajah di Sabah.
Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah. Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir di mana kegiatan utamanya ialah pelanunan serta penangkapan ikan.
Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di Sabah. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi gelaran "Koboi Timur" atau "Koboi Sabah".