top of page

Pakaian Etnik Bajau

Orang Bajau adalah terkenal dengan kemahiran kerja tangan seperti tenunan dan sulam-menyulam. Seperti etnik lain di Sabah, etnik Bajau juga mempunyai pakaian tradisional khusus yang kebiasaannya dipakai semasa majlis keramaian tertentu. Pada zaman dahulu mereka dikenali sebagai petani yang rajin dan penunggang kuda yang cekap. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang handal dan banyak membantu pahlawan terkenal di Sabah dalam menentang musuh dan penjajah. Berbeza dengan etnik KadazanDusun yang mengemari warna hitam, etnik Bajau pula mengemari warna garang, seperti warna merah dan juga jenis yang terang seperti hijau dan kuning. 





Download :

Pakaian Masyarakat di Malaysia

INFO.. .

Tahukah Anda ??

Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan 

penjajah di Sabah.

Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah.​ Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir di mana kegiatan utamanya ialah pelanunan serta penangkapan ikan.

Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di Sabah. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi gelaran "Koboi Timur" atau "Koboi Sabah".

 

bottom of page