top of page

Adat-Adat Etnik Bajau..

Masyarakat  Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum dalam kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau tinggal di daerah Samporna dan Kota Belud. Dari segi sejarahnya, kaum lelaki dalam kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang hebat. Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu dititikberatkan. Adat-adat tersebut dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu adat kelahiran, adat perkahwinan dan adat kematian.



Download:

Adat Kelahiran

Adat Perkahwinan

Adat Kematian

Adat Mengawal Kubur (tambahan)

INFO.. .

Tahukah Anda ??

Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan 

penjajah di Sabah.

Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah.​ Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir di mana kegiatan utamanya ialah pelanunan serta penangkapan ikan.

Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di Sabah. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi gelaran "Koboi Timur" atau "Koboi Sabah".

 

bottom of page