top of page

Sagol /

Senagol.

Kima

Makanan Istimewa Etnik Bajau..

Kima merupakan sejenis kerang laut dan terbahagi kepada beberapa spesis, antaranya ialah lapiran, kima bohe’ dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi kaum Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta’) setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau nipis dan lada (cili) serta rempah-ratus yang lain mengikut selera. Selain daripada itu, terdapat juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia digoreng bersama sayur.

Sagol/Senagol bermaksud mencampuradukkan. Makanan ini selalu dimakan bersama keluarga ketika berkumpul menyambut perayaan. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak bersama kunyit. Untuk menyediakan sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu bagi membersihkan ‘langnges’ iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau ‘iting’ iaitu ‘duri’ pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis.
Ada dua jenis masakan sagol/senagol iaitu sagol/senagol kering (tiada kuah) dan sagol/senagol basah (berkuah). Bagi mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.

Tehe-tehe atau Landak laut. Beras akan dimasukan kedalam tehe-tehe dan direbus seperti biasa.

Kuih penjaram ialah makanan tradisi etnik Bajau. Rasa kuih penjaram ini agak manis dan teksturnya agak lembut. Walaupun kuih ini manis, kuih ini merupakan juadah penting yang wajib dihidangkan dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh etnik Bajau.

Tehe-tehe

Kuih Penjaram

INFO.. .

Tahukah Anda ??

Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan 

penjajah di Sabah.

Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah.​ Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir di mana kegiatan utamanya ialah pelanunan serta penangkapan ikan.

Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di Sabah. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi gelaran "Koboi Timur" atau "Koboi Sabah".

 

bottom of page